Monday, March 7, 2011

New Car Seat For Danish

Yea..yea...Danish dapat Car seat baru.....Actually car seat kat rumah tu dah ada 3 , dari yang sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar....Tapi car seat tu tal berapa stable...So, mama decide nak beli carseat baru untuk hero mama....survey punya survey ada 2 pilihan, samada car seat ALDO atau BABYLUXE....Nasib baik tak order online...tak leh nak tengok macam mana rupanya...At last ter'search' satu laman web ni http://www.peekaboo.my/ tengok2 kedai dia ni kat Penang, Jalan Burmah dekat jer dengan KOMTAR...Apa lagi, lunch time terus pergi...Puas hati boleh tengok dua-dua sekali....actually dua2 car seat ni OK....tapi aku decide nak beli BABYLUXE...Memang mahal sikit tapi puas hati sebab boleh laying down bawah sikit, material lebih comfort dari ALDO dan ada base, so both side rear or fornt facing, stable, tak gerak-gerak....and nampak cantik gak designnya....Harga? Boleh sutvey kat website...Naik rambang mata tak tahu nak cakap...banyak barang baby, stroller pun berjenis-jenis....habis gak RM500 so, dapat jadi member peekaboo free for 2 years...

Suitable from newborn to 18kg
- Backbone support cushion for newborn
- 3 recline positions
- Convertible rear (0-9 months) and front facing (9-4 years)





Sunday, March 6, 2011

Kesian Danish Demam

2 Februari 2011, Jam 11.30 pm, Tetiba jer badan Danish panas, kaki dan tangan dia sejuk....Dari petang tadi mama dah jerlung tapi panas dia tak turun betul2, Itupun aku balik awal dari Ofis sebab Cikgu call kata Danish demam...Tapi masa pi ambil kat sekolah dah ok....Malam tu ayah keje malam, aku jadi gabra...tak tahu nak buat apa sebab Danish dah ketar-ketar macam nak tarik...Kaki dia dah jadi kebiruan...Aku call jiran aku Syikin, dia datang dan bawa kami pi Hospital Kepala Batas. On the way ke hospital Danish kejap2 merengek, kejap2 macam tak sedar...sampai jer kat Hospital, aku terus ke emergency, tak sempat nak register habis, terus aku disuruh untuk bawa Danish ke Emergency, Aku dah menangis takut berlaku apa2 pada Danish. Seorang Doktor, 2 nurse, sorang MA dan ada sorang pak cik driver bantu jerlung dan tenangkan Danish. Aku diminta untuk tunggu diluar...Aku hanya mampu berdoa supaya anakku selamat...sebab aku dengar teriakkan Danish....Doktor nak ambil darah dia dan maklumkan pada aku yang Danish kena masuk wad. Aku rela sebab kalau duduk di rumah pun tak tahu nak buat apa. Aku terus call husband aku tapi tak dapat...sebab keje dia ni tak tentu tempat, handphone susah nak dapat line...Akhirnya aku minta kawan dia tolong carikan....Masa ni, Syikin dan suaminya tolong jaga Sofiya kat luar Emergency...Pukul 12.30a.m, semuanya dah selesai dan Danish dibawa ke wad untuk rawatan selanjutnya....TQ Syikin and Syahrul sebab tolong bawa kami ke Hospital...

Kakak Sofiya & Buggy

Sofiya melaram dengan Buggy di Mega Fortune Sungai Petani. Masa ni Ayah tengah asyik dok pilih Safety Jacket.....Tak tahun yang mana satu nak ambil...So, Sofiya apa lagi...melaram ler atas motor tayar 3 ni....

Monday, January 17, 2011

Wednesday, January 12, 2011

Migraine Datang Lagi...

Minggu ni, minggu aku sakit kepala....tak tau la pasal apa....Takut gak....mohon doa pada Allah semoga dijauhkan perkara yang tidak diingini...Saja nak tahu lebih lanjut pasal migraine, so aku pun "aGooglee". So, pinjam sikit maklumat dari laman web syifa-alhidayah :

Migraine ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan.

PUNCA
Migraine juga ialah sejenis penyakit keturunan. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yg lebih tinggi daripada lelaki.


SIMPTOM
1. Biasanya pesakit mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan kepada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala

2. Kadang-kadang pesakit melihat sinar cahaya yang amat terang hingga tersa seperti hampir buta

3. Selalunya gejala (1) dan (2) akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti dengan sakit kepala yang amat sangat. Pesakit akan biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut denyut disebelah atau satu bahagia kepala sahaja.

4. Ini akan diikuti oleh muntah atau cirit-birit.






Tuesday, January 11, 2011

Danish Merengek....

1st week of Januari 2011 :

Hukk...huk...Minggu Danish merengek...maklumlah tak sihat...Selesema kali ke-2 dalam hidupnya....Ubat yang ambil kat Dr. Pakar hari tu pun sampai habis satu botol...Kesiannya anak mama...Teruk gak mama & ayah...Ayah cuti, ayah jaga Danish, Ayah keje...mama punya turn lak...huk..huk tak cukup tidur...kepala pun minggu ni pusing...

Saturday, January 8, 2011

My Birthday

19 Disember 2010 :

It was my birthday...Dah semakin tua...he..he...No celebration....but there was a small Gift from hubby...Thanks sayang....









Add Image

My New Gadget

This is my new Gadget...Nokia C7..

OS Symbian3
8MP Camera
Internal 8GB Memory
Support up to 32Gb (Memory card)

Pity My Baby.... :-(

02 Disember 2010 : Kesiannya hero mama sorang ni...Selesema & batuk-batuk. Mama & Ayah kalut cari Pakar kanak-kanak yang sesuai...First, nak pergi Dr. Lim, tapi Dr. Lim cuti, so we went to SIM Clinic at Green Lane...

Krista's Kindergarden Graduation Day

24 November 2010 :


Graduation Day Sofiya....Tapi actually Sofiya tak Graduate lagi sebab this is the First Year (2010)...But InsyaAllah End of This Year (2011), she will be Graduate from Krista....And CONGRATE from Mama & Ayah due to your Success being a Best Student For Bahasa Melayu and Math. Hopely soon you will be the Best Among the Best for all the Subjects including Science...She wants to be a Doc..so, performe as You want To Be...



Sofiya bergambar dengan Guru Kelas

Cian Anak Mama...

25 Oktober 2010 : Actually post ni sepatutnya dah lama add, tapi disebabkan masa tidak mengizinkan, hari ni baru boleh add. Itu pun sebab ada mood....Tapi takpe...biarpun lambat asalkan ada coretan sebagai kenangan... Gambar ni semasa Sofiya dimasukkan ke Wad Pedriatik, Hospital Pantai, Penang akibat virus Rotavirus, Kesian die...cirit-birit, muntah-muntah sampai demam...

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers