Sunday, October 21, 2012

KATE Mineral Loose Foundation Powder

Memandangkan Two Way Cake saya tetiba pecah ntah kenapa, so kelmarin ke Jusco survey nak beli mineral powder sebab kulit akhir2 ini jadi sensitif sebab produk Dermalogica tulah tak sesuia dengan saya....So ada beberapa pilihan Extra Virgin BodyShop, Skin Food dan KATE. Nasib baik saya ni jenis yang suka survey. Pegi ler kedai Watson ada 10% dari RM63 jadi RM56++. Sebelah kedai Wataon Keda SASA, singgah sebentar. Di SASA diskaun 30%, tak beli lagi. Balik singgah Sunway Carnival pulak sebab nak beli DIY Card di Popular Book Store. Di Popular Jusco takder kad tu....So singgah masuk Watson, nak cari Loreal punyer tapi nampaknya Loreal macam dah tak kuar dah produk makeup diorang, yang banyak cuma Skin Care....Ermmm...singgah masuk Counter Clinique di Parkson, ada ler Loose Powder bekas besar juga, harga baru RM105, tanya ler beautician nyer bukan mineral pulak...So singgah kaunter KATE pulak, Mineral Foundation tu, diskaun 10% juga. Then last sekali pergi SASA kat situ. Beli KATE Miniral Loose Powder Foundation dan extra spaone supaya boleh tukar2. Almaklumlah kulit sensitif so kena jaga ler....Nanti dah lama guna saya review...Tapi pagi ni first time guna, walaupun loose powder, coverage ok jugak....harap tak sensitif dan naik jerawat lagi...Di bawah ni saya copy kegunaannya dari Website KATE...


Sumber : http://www.kate-global.net/en/all_products/face.html
Airy yet moist power reliably covers visible pores
SPF25 PA++
  • Double-effect mineral powder *1 (skin protection and visible pore coverage)
  • Moisturizing veil powder (moisturization and dullness prevention)
  • Multiple moisturizers (olive oil, jojoba oil, and almond oil)
  • Paraben (preservative) free
  • Ultraviolet-absorber free
  • Fragrance-free
Double-effect mineral powder
(Ingredients common in the Mineral Foundation series)
                    +
Moisturizing veil powder *2
Further moisturizing the skin with the water retention effect of agar and also reduces skin dullness
Dullness reducing material (barium sulfate)
Agar (seaweed-derived material)
  • *1 : zinc oxide, agar, Tri-(caprylic / capric acid)-glyceryl
  • *2 : agar, barium sulfate
  • * Completed non-comedogenic testing, patch-tested
  • • Does not guarantee that users will be free from comedos (cause of pimples) or skin problems for all users
  • • Does not guarantee that all users will be free from stimulation of the skin
3 colors
COLOR:OC-B/OC-C/OC-D

Dermalogica....

Urghhh...dah 3 minggu aku pakai produk nih...tapi kulit aku bertambah teruk...dah naik biji2...Masa mula2 guna, muka rasa macam panas jew...skrng kulit jadi sensitif...Mungkin tak sesuai dengan kulit aku...habis duit RM 600++....Mungkin beautician tu silap bagi produk kot...sebab doktor kata mungkin salah satu produk nye yang tak sesuai..tp aku serik takmau dah...Memang muka aku sebelum ni jerawat tapi kira dah pulih tinggal parut jew dan tona tak sekata....hemmm last sekali jumpa pakar kulit Klinik Kulit Perdana, Sungai Petani, jumpa Dr Khoo....murah pun murah...nanti lepas sebulan saya review...nak review skrng sebab tak sampai seminggu lagi...

Lamanya tak update blog..

Ish...sejak2 dok berkecimpung update FB, terus lupa nak update blog...bila baca blog orang rasa best juga nak kongsi perasaan, kongsi pendapat tentang apa sahaja asalkan tak sensitif kan...

Monday, March 7, 2011

New Car Seat For Danish

Yea..yea...Danish dapat Car seat baru.....Actually car seat kat rumah tu dah ada 3 , dari yang sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar....Tapi car seat tu tal berapa stable...So, mama decide nak beli carseat baru untuk hero mama....survey punya survey ada 2 pilihan, samada car seat ALDO atau BABYLUXE....Nasib baik tak order online...tak leh nak tengok macam mana rupanya...At last ter'search' satu laman web ni http://www.peekaboo.my/ tengok2 kedai dia ni kat Penang, Jalan Burmah dekat jer dengan KOMTAR...Apa lagi, lunch time terus pergi...Puas hati boleh tengok dua-dua sekali....actually dua2 car seat ni OK....tapi aku decide nak beli BABYLUXE...Memang mahal sikit tapi puas hati sebab boleh laying down bawah sikit, material lebih comfort dari ALDO dan ada base, so both side rear or fornt facing, stable, tak gerak-gerak....and nampak cantik gak designnya....Harga? Boleh sutvey kat website...Naik rambang mata tak tahu nak cakap...banyak barang baby, stroller pun berjenis-jenis....habis gak RM500 so, dapat jadi member peekaboo free for 2 years...

Suitable from newborn to 18kg
- Backbone support cushion for newborn
- 3 recline positions
- Convertible rear (0-9 months) and front facing (9-4 years)





Sunday, March 6, 2011

Kesian Danish Demam

2 Februari 2011, Jam 11.30 pm, Tetiba jer badan Danish panas, kaki dan tangan dia sejuk....Dari petang tadi mama dah jerlung tapi panas dia tak turun betul2, Itupun aku balik awal dari Ofis sebab Cikgu call kata Danish demam...Tapi masa pi ambil kat sekolah dah ok....Malam tu ayah keje malam, aku jadi gabra...tak tahu nak buat apa sebab Danish dah ketar-ketar macam nak tarik...Kaki dia dah jadi kebiruan...Aku call jiran aku Syikin, dia datang dan bawa kami pi Hospital Kepala Batas. On the way ke hospital Danish kejap2 merengek, kejap2 macam tak sedar...sampai jer kat Hospital, aku terus ke emergency, tak sempat nak register habis, terus aku disuruh untuk bawa Danish ke Emergency, Aku dah menangis takut berlaku apa2 pada Danish. Seorang Doktor, 2 nurse, sorang MA dan ada sorang pak cik driver bantu jerlung dan tenangkan Danish. Aku diminta untuk tunggu diluar...Aku hanya mampu berdoa supaya anakku selamat...sebab aku dengar teriakkan Danish....Doktor nak ambil darah dia dan maklumkan pada aku yang Danish kena masuk wad. Aku rela sebab kalau duduk di rumah pun tak tahu nak buat apa. Aku terus call husband aku tapi tak dapat...sebab keje dia ni tak tentu tempat, handphone susah nak dapat line...Akhirnya aku minta kawan dia tolong carikan....Masa ni, Syikin dan suaminya tolong jaga Sofiya kat luar Emergency...Pukul 12.30a.m, semuanya dah selesai dan Danish dibawa ke wad untuk rawatan selanjutnya....TQ Syikin and Syahrul sebab tolong bawa kami ke Hospital...

Kakak Sofiya & Buggy

Sofiya melaram dengan Buggy di Mega Fortune Sungai Petani. Masa ni Ayah tengah asyik dok pilih Safety Jacket.....Tak tahun yang mana satu nak ambil...So, Sofiya apa lagi...melaram ler atas motor tayar 3 ni....

Monday, January 17, 2011

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers